Sunday, 31 July 2011

Berfoya Bersama Keluarga

Semalam , ( 31.7.2011) tempat kerja abah aku adakan sebuah parti berfoya - foya secara sihat iaitu 
' Hari Keluarga MRSM Pasir Salak 2011' Aku snanye malas nak join. Cam segan je dah tua bangka join upacara macam nie. Namun , sebagai seorang anak yang baik dan mahu menjaga reputasi abah ku yang beliau juga adalah seorang bapa yang bekeluarga. Tak guna la nama Hari Keluarga tapi tak bawak keluarga kan? Lagipun syarikat family aku yang sponsor secara separa ikhlas sebiji kek bersaiz 16" sempena majlis perasmian untuk majlis tersebut. ( sambil berdoa agar abahku di naikkan gaji ) So , nak tak nak...aku kena datang juga untuk delivery kek tersebut. Dah alang2 ..baik aku terus kan berada disitu bagi memeriahkan majlis.



Disebabkan rakan sekerja abah ku ramai yang masih punya anak2 yang kecil , setiap acara sukan berkeluarga , kemenangan semuanya dibolot dengan tamak nya oleh keluarga Encik Rosly. hahaha... 
Sungguh kurang adil !
Adik ku kelihatan santai bila bersaing dengan mereka yang lebih kecil. 
( Tak aci..! dorang besar2..) Jerit salah sorang dari peserta yang kurang berpuas hati.

Aku tak join sukan pun , sekadar menjadi tukang jerit bagai dirasuk hesteria walaupun tanpa jeritan itu , group kitaorang tetap menang !

Sempat berkenalan dengan Encik Mentadak. Nak main mata dengan cikgu2 kacak , mereka sedang sibuk berlarian2 di tengah padang.

Akibat boring yang melampau , aku berjalan2 di sekitar dewan , dan terserempak dengan ayat berbaur hasutan oleh pakcik Eistein ini.

Saat ditunggu ! We won this in a lucky draw! Sebuah steamer jenama Faber yang bercop SIRIM. Wah !

Lepas ni boleh la aku menstim muka tanpa perlu pergi ke spa Dinar Anggun lagi. Boleh juga aku membuka sindiket perniagaan apam kukus dotdot yang kini menjadi kegilaan orang ramai.
Sesungguhnya aku sungguh jeles terhadap seorang abe yang mendapat hadiah cabutan bertuah sebuah camera !! Andai aku tahu dimana rumah beliau , pasti aku sanggup menukarkan camera itu dengan steamer ini. Itu pun kalau dia nak.Cis !
Selesai upacara berfoya-foya ditengah padang dibawah terik mentari, bermula lah majlis membaham makanan halal yang disediakan.

Salah satu jenis makanan halal yang disediakan oleh penaja yang baik hati.

Selepas memenuhi nafsu makan dengan lahap nya selepas kepenatan bermain di tengah padang , kami pun beransur pulang. Sebelum membawa diri , aku baru teringat akan pisau stainless yang aku sewakan tanpa berbayar. Puas aku cari satu dewan makan , bila tanya cik pemotong kek , rupanya beliau termasukkan pisau tersebut di tong sampah. What the...? Andai terbuang , pasti aku akan minta ganti rugi dengan harga 2 kali ganda. hehe..