10/6/11 --->
Aku dan 2 org kekasih gelapku mbuat perancangan untuk melarikan dari rumah akibat dipaksa oleh ibu bapa masing2 utk berkahwin dgn calon pilihan mereka !
Akibat terlalu menyayangi aku , mereka sanggup menculik dan melarikan aku ke Lombok utk dinikah kan sambil berlari mgunakan wali hakim disana.
( maaf ! bukan kisah sebenar )
* Sila jangan terpengaruh dgn kisah yang berbaur fitnah diatas *
( maaf ! bukan kisah sebenar )
* Sila jangan terpengaruh dgn kisah yang berbaur fitnah diatas *
Setelah selesai mbaca doa qunut secara berjemaah , pada 6.30pm,
Aku , Bellamar dan Olah Zombie bgerak dari Perak menuju ke ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur dengan berbekalkan ilmu didada serta bekalan dari rumah yang akhirnya tertinggal di kereta ayah Bellamar. Ktorng gerak mnaiki keta Viva yang dipinjam oleh Olah Zombie daripada sugardady nya ( tipu )
Viva tersebut diberi nama timangan ' kereta saya ' :)
*terpaksa berhenti selama 15minit gara2 rombongan meminang pihak lembu jantan sedang melintas jalan menuju ke rumah pihak lembu betina
Setibanya kami di bandar KL penuh noda dan dosa itu hampir pukul 9pm , kami menuju ke Rawang untuk mencari port melepaskan lelah dan untk bermalam. Akhirnya dapat juga sebuah bilik di sebuah homestay di BCH , Rawang. Setelah bermandi manda dan bertukar pakaian , kami keluar dinner di Tomyam Corner
( berhadapan Shell BCH )
wajah gersang mintak perut diiisi
Setelah menjamu nafsu makan dgn yang halal , kami bergerak ke Shah Alam untuk berjumpa dengan skandal masing2 . Kami menuju ke Kolej PTPL , Shah Alam untuk mbuat lawatan sambil belajar ke kolej swasta yang mahal itu , namun dihalau oleh Pak Gat yg bertugas gara2 wajah Olah yang bertukar menjadi zombie ketika malam menjelma.
Dengan membawa hati yang lara dan penuh dendam, kami menculik seorang pelajar kolej PTPL yang bernama Siti Hawa Jamaluddin ( bukan nama sebenar ) dan melarikan dia ke I-City utk mbawa nya bersiar2 sambil makan aiskrim sebelum meminta wang tebusan dari pihak kolej.
Gambar2 penculik dan tebusan yang sempat dirakam kan :~
bersama 'gold man' ( aku bantai ja nama dia nie..) hehe
aksi kurang bermoral..! Parental Advisor
kami lah pasangan lesbian tegar.Kepada Bellamar , sila simpan cemburu buta mu itu dimasa hadapan.hahaha..
* andai ini giraffe betul ,pasti aku telah dilenyek tanpa belas kasihan*
salah satu pokok jadian yang dijadikan tempat khurafat seperti meminta no ekor dan mencari jodoh.
Abg Shahiezy Sam juga dikatakan pernah mngangkung di bawah pohon ini seprti yang dilakonkan oleh beliau dalam filem 'Ngangkung'
setelah selesai memuaskan nafsu di I-City tanpa disedari , jam menunjukkan pukul 3 pagi !
Woo! giler pe anak2 dara yang suci murni ni keluar sampai tak hingat jalan balik?!
Akhirnya apabila difikiran hanya terbayang kan pelukan manja oleh bantal peluk , kami gerak balik ke homestay dan meninggalkan Siti Hawa Jamaluddin ( bukan nama sebenar ) di tepi lorong Haji Taib dan akhirnya diselamat kan oleh hero beliau , Mohd Wantan.
Kami tiba di homestay kira2 pukul 3.30am , dan tanpa men remove kan segala make up di wajah , kami melelapkan mata dlm keadaan separa hangat sbb bilik tu cuma ada kipas yang dah uzur dan tggu masa nak runtuh !
p/s : untuk mendapatkan gambar yang lebih mengarut , boleh kelik :~
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1179980947643.2024471.1471759242ops ! sila add fren dulu. ! :)
~ the end~
11/6/11 --->
Pagi itu , pada pukul 8pagi ..setelah selesai menunaikan solat qada' Subuh berjemaah , aku dan Bellamar bersiap siaga untuk keluar bersarapan.Kami hanya keluar berdua meninggalkan Olah yang masih lena diulit mimpi indah , mungkin akibat keletihan memandu secara melulu dari Perak hingga ke KL semalam.
Aku dan Bellamar keluar mencari sesuap nasi dipagi hari itu , menempuhi jalan di bandar Rawang yang sesak, hinggalah tiba di Ikhwan Cafe , Bukit Beruntung. Masih menjadi misteri dan tanda tanya asal usul nama 'Bukit Beruntung' ini . Namun , Bukit Beruntung ini bertuah kerana terpilih utk mjadi tajuk lagu ciptaan Afdlin Shauki iaitu 'Along Bukit Beruntung' . Namun , mungkin tiada rezeki buat Afdlin Shauki kerana lagu ciptaan beliau itu gagal untuk masuk ke carta Anugerah Juara Lagu 2010 akibat di ugut oleh Ahlong2 sekitar Bukit Beruntung , kerana mereka juga mahu kan kredit atau royalti atas sebab Afdlin Shauki telah mgunakan nama mereka tanpa kebenaran.
Okay ! Aku dan Bellamar pun bsarapan dgn seseorang di cafe tersebut..Ha !
inilah dia ' Along Bukit Beruntung' yang Afdlin Shauki puja2 tu..hehe ( tipu )
diz is my Along Zieha.Lama tak jumpe..Her son , Ajwad dah semakin besar dan kacak ! Ajwad takde dlm gmbar ni kerana melarikan diri mgikut ayah nya.Yang ada , cuma kasut Ajwad yang Along pegang tuh ! :)
p/s : ddlm gmbar ini , aku terpaksa mbongkok sedikit demi menjaga hati Along , agar kelihatan duduk sama rendah , berdiri sama tinggi . hahaha !
11.30am-->
Aku dan Bellamar kembali pulang ke homestay dan setibanya disana , kami dapati Olah seperti orang yang sedang dirasuk , kerana kelihatan meracau seorang diri tanpa menghiraukan kanan dan kiri. Rupa2 nya , Olah sedang menahan marah akibat ditinggalkan seorang diri di bilik bernombor 1 itu. hahahaha..
( padan muka kau ! ) -->aku mengeji beliau didalam hati <---
Tepat pukul 12pm , kami btiga bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Kuang , Selangor
bersama konvoi yang lain..
Boleh kelik sini ---> Perkahwinan Ain & Dayah
masing - masing tidak melepas peluang utk beramah mesra bersama pengantin lelaki
kami sedang bersosial sambil menikmati makanan halal yang disediakan
Ini sebahagian dari ex clasmate aku masa study ITS 03 - 07
Dah bertahun2 tpisah , bila jmpe balik ,ada yang dah kawen , anak dah bderet2 , ada yang jadi isteri kedua , ada yang dah jadi janda muda..mcm2 la..Pjumpaan kali ni ibarat majlis reunion tanpa disengajakan.
Selesai puas melepas kan rindu di dada . Kami bgerak menuju ke ..
NEGERI SEMBILANG !!
NEGERI SEMBILAN
sila kelik --->perjalanan diteruskan ke Negeri 9
12/6/11 -->
Sekembali nya kami dari Negeri 9 , kami sempat singgah ke restoran milik kakak angkat ku ,
( salah seorang senior yang tergilakan aku suatu ketika dulu ) hahaha..Restoran Sharifah terletak di seksyen 8 , Bandar Baru Bangi.
Oleh kerana beliau terlalu sibuk , aku dan dia hanya sempat bermain2 mata sahaja.salah satu jenis minuman yang tidak berakohol yg tdapat di restoran ini
sempat bergambar secara berjemaah
bersama kak Ainie Rosli , usahawan gulai asam pedas berjaya ! :)
Mengelilingi kota metropolitan yang penuh noda dan dosa !
Seryes , dan jujur dari hati..aku benci drive ke KL. Jammed , bau busuk , asap dan habuk keliling hidung ,dan driver2 yang kurang ajar !
aku lah rakyat yang cinta kan negara. hihi :)
merdeka square