Seminggu selepas BOTC, aku menyahut satu lagi cabaran dalam competition Cupcakes Creative (semi-profesional IPTA/IPTS) di Perbadanan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay,KL. Penat pulang dari Penang masih belum hilang, kami terus training utk cupcakes pula. Aku masih setia bersama partner ku, Miera. Selepas berhempas pulas memerah susu eh? Memerah otak.. kami sebulat suara memilih Opera Cake yang di murtadkan menjadi cupcakes. Kali ini yang menjadi pesaing adalah dikalangan kami juga.
22 Jun 2013
Selepas bertahun2, ini lah kali pertama aku bangun seawal 6pagi. Itu pun jenuh Miera kejutkan aku. Perjalanan kami berkiblatkan GPRS sebab semua tak tahu jalan ke Pusat Kraf termasuk lah aku yang konon2 mahir jalan KL, tapi sebenarnya dusta belaka. Jadi, inilah kali pertama aku mencemar duli di Pusat Kraf . Rupanya lokasinya hampir saja dengan Pavi dan Bukit Bintang yang pernah menjadi tempat aku bersuka ria dan menghabiskan wang suatu ketika dahulu. Competition bermula pada pukul 2pm. Selepas buffering, dan mendengar taklimat para juri, yang diketuai oleh Chef Selebriti, Chef Liza dan 2 orang yang aku tidak kenali. Chef Liza adalah Chef Selebriti, diulangi.. Chef Selebriti. Hehe. Competitor adalah dari kalangan studend dari IPTA dan IPTS kebanyakkan nya dari daerah Hulu Klang. Kami sahaja yang jauh merantau.
Selepas bertahun2, ini lah kali pertama aku bangun seawal 6pagi. Itu pun jenuh Miera kejutkan aku. Perjalanan kami berkiblatkan GPRS sebab semua tak tahu jalan ke Pusat Kraf termasuk lah aku yang konon2 mahir jalan KL, tapi sebenarnya dusta belaka. Jadi, inilah kali pertama aku mencemar duli di Pusat Kraf . Rupanya lokasinya hampir saja dengan Pavi dan Bukit Bintang yang pernah menjadi tempat aku bersuka ria dan menghabiskan wang suatu ketika dahulu. Competition bermula pada pukul 2pm. Selepas buffering, dan mendengar taklimat para juri, yang diketuai oleh Chef Selebriti, Chef Liza dan 2 orang yang aku tidak kenali. Chef Liza adalah Chef Selebriti, diulangi.. Chef Selebriti. Hehe. Competitor adalah dari kalangan studend dari IPTA dan IPTS kebanyakkan nya dari daerah Hulu Klang. Kami sahaja yang jauh merantau.
Selepas membaca doa menolak rasa gemuruh dan gementar, kami
memulakan upacara membuat cupcakes. Namun, suasana sedikit tegang apabila plug
yang disediakan semuanya tak boleh guna yang menyebabkan gangguan litas pintas.
Jadi bayangkan cupcakes yang sedang menaikkan diri di dalam oven, terberhenti
prosesnya. Termasuk lah cupcakes kami. Sedaya upaya aku menyelamatkan cupcakes
dari drop hingga terpaksa pindahkan
oven ke dalam bilik urus setia. Selepas proses membuat cupcakes, upacara
mendeco pula dilakukan.
KillerBee - Akim & Hasmira |
Smoothy - Alif & Najwa |
Lagend Of Opera - Me & Miera |
Semangat semakin berkobar2 apabila BFF,girlfren aku, Bintang
datang pura2 mahu membuat surprise. Walaupun dalam keadaan kesihatan beliau yang kalau jumpa bomoh, bomoh akan cakap beliau kena buatan orang, namun semangat beliau sungguh kuat, aku syak beliau rindukan aku. Hehe. Sebagai
deco, aku membuat sulaman yang bermotifkan tikar mengkuang yang diperbuat
dari fondant. Miera pula disebelah
terkocoh2 membuat renda untuk bahagian tepi cupcakes. DJ yang ada konon2
memeriahkan suasana, sempat menemuramah kami. Haish.. tengah competition tu.
Selesai sudah dan masa pom telah tamat. Selepas Chef Liza tukar baju, beliau kelihatan anggun memakai baju kurung songket. Sebagai Chef Selebriti , beliau harus menjaga paras rupa dan gaya. Hehe.. Seterusnya para juri akan mula membuat pengiraan markah. Markah akan diambil dari segi rasa, kebersihan, gaya dan mutu keunggulan. Setiap kumpulan harus member juri rasa cupcakes yang tidak dideco oleh sebarang perhiasan dalaman. Kalau anda berniat jahat, boleh juga masukkan minyak pengasih. Selepas satu persatu cupcakes dari semua peserta dipuji dan dikeji, keputusan telah pom berada di pihak juri.
Alhamdulillah, aku dan Miera mendapat tempat kedua. Tempat
pertama telah dicantas oleh pesaing dari pihak kami sendiri, team Alif &
Najwa. Namun, tiada sebarang hasad dengki mahu pun iri hati yang timbul
disanubari memandangkan kami adalah dari puak yang sama. Tahniah buat Alif
& Najwa yang berjaya menghasilkan cupcakes yang memang sedap, aku tak tipu
sebab aku yang paling makan banyak masa mereka training di kelas.Tahniah juga,
kepada Akim & Hasmira yang dapat hadiah saguhati berupa kettle air yang
memang semua peserta dapat. Hehe. Malam itu kami makan percuma yang ditaja oleh
ibu Akim di kedai makan di pinggiran Kampung Baru. Kami pulang bersama hati
yang gembira. Aku lagi gembira sebab Bintang pom ikut sama balik ke Sri
Iskandar. Hehe.
Kami terpaksa turun ke KL lagi semata2 untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah. Tenaga pengajar yang menjadi mangsa membawa kami ke sana ialah Cikgu Hakim. Kami bertolak pukul 5pm kerana mahu sampai disana awal berikutan majlis bermula pada puku 9 mlm. Di sebelah siang ada juga competition cupcakes yang dari kalangan amatur. Majlis diadakan di dewan apa ntah namanya. Sementara menunggu majlis bermula, kami menyaksikan pertandingan kompang. Terhibur pula hati aku. Rasa nak menari pula mengikut irama dan lagu. Nafsu mahu kawen pula tiba2 menjelma. Hahahaha. ( gelak jahat)
Sebagai pemenang tempat kedua, aku dan Miera mendapat 700
yang akan dibahagi 350 seorang. Cukuplah untuk aku bayar hutang selepas habis
belajar nanti. Hehe. Sebelum pulang, kami makan ringan2 dahulu yang telah
disediakan oleh pihak penganjur. Sebelum perjalanan pulang diteruskan..kami
sempat singgah di Uptown Damansara yang telah banyak berubah dari segi rupa.
Dah takkan jumpa lagi gerai2 makan, karoke open disitu. Terlalu banyak kenangan
aku disana. Sepanjang perjalanan, aku harus menemani Cikgu Hakim berbual dan
bergosip bagi mengelakkkan beliau mengantuk semasa memandu.
Terima kasih buat semua yang berjasa, yang membekalkan doa
dan restu, yang tak jemu2 beri tunjuk ajar dan nasihat. Cikgu Izma, Cikgu
Azmil, mak abah, family & frens, Bintang. Thanks to Cikgu Hakim yang susah
payah bawa kami ke KL hingga balik 5pagi. Jasa mu kan ku kenang. Kejayaan ini
takkan dapat aku genggam tanpa kalian semua. With love….
Laksa yang macam ada dadah dalam ni, yang buat aku akan
lahap 2 mangkuk bila makan.
|
Keesokkan harinya, sebagai hadiah buat diri sendiri dan
perut, kami memuaskan nafsu makan di Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar dan
karoke sehingga hilang suara selama 2 jam.