Tuesday 24 July 2012

TomYam Seafood Dan Hubungan Jarak Jauh

Semalam, dalam perjalanan ke Serdang untuk iftar bersama Umi, seorang kenalan aku mengadu kat aku  tentang hubungan beliau dengan kekasih nya. Jarak Selatan - Timur. Aku akui, bukan mudah untuk hadapi 'long distance relationship'. Aku penah alami, dan temui 2 kali kegagalan, paling lama bertahan pon 3tahun. Kali kedua 1 tahun jer. Tak sanggup dah. Tapi tak boleh salahkan siapa2, mungkin faktor jarak, bosan, sunyi yang jadi punca. Mula la akan timbul prasangka. Masa tu lah ada ruang yang akan diisi oleh orang lain atau benda lain. Dan mula la akan tipu menipu, sekali dua kau kena tipu, boleh maafkan. Tapi kalau sampai 18juta kali, jangan salahkan dia, kau yang bodoh bengap alam biarkan diri ditipu. Mungkin dia menipu untuk jaga hati kau, atau memang hobi dia menipu. Kot. Kawan aku bandingkan cara aku layan Honey dan cara kekasih dia layan dia. Aku nasihat, manusia ni berbeza2. Kau kena cari kelebihan dia untuk tutup kelemahan dia. Kalau gaduh, jangan lama2, nanti hambar. Kena ada give and take. Jangan berat sebelah. Aku tahu dia lonely.  Tapi, rasa sunyi itu kadang kala tak boleh dilayan sangat, bahaya.nanti melarat. Silap2, aku terlibat. Aku tukar topik. Tapi dalam hati aku berdoa agar dia akan jumpa jalan penyelesaian untuk semua masalah yang dia hadapi. 


Ini kali pertama sepanjang 4 hari berpuasa aku masak sendiri, 3 hari yang lepas hanya makan di luar dan dibelanja saja. Sahur pula memang tak penah bangun memandangkan tidur itu lebih enak dari makan. Eh? Jadi, dikesempatan masa untuk masak ini, aku mahu yang special sikit Tomyam Seafood. Lepas balik kerja aku terus meluru ke Carefour memborong apa yang perlu. Aku tak suka beli grocery kat Carefour sebenarnya, tapi Tesco jauh di Damansara Utama, berat sikit aku nak pulas minyak ke sana. Memandangkan rumah tak de peti ais, biasalah rumah bujang belum terlajak, duit habis beli topup. Aku beli sikit2 je bahan yang perlu. Dan sekali masak sudah habis guna. 

2 ekor sotong saiz L
6 ekor udang ada janggut
8 helai mussels

8 ketol barbie tomato
4 batang barbie corn
1 batang carrot
sekeping lengkuas
sekeping halia
1 ketol sayur otak ( yang warna putih tuh, ntah apa nama)
 2 helai Bawang besar seperti gambar rajah
10 biji cili api
4 helai daun limau
2 biji air limau nipis
2 batang serai kena tumbuk2 bahagian kaki dia
2 paket tomyam paste Adabi~ melazatkan..

Aku rasa Tomyam adalah sejenis makanan yang mudah dimasak dan pantas dimakan sebab hanya rebus pelbagai jenis haiwan dan sayuran, kemudian letak perisa tomyam yang di beli di pasaraya berdekatan rumah anda.. Kalau mahu rasa nya lebih lazat hingga menjilat meja makan, anda boleh gunakan stok ayam. Kalau takde, guna saja air mutlak yang keluar dari paip sinki anda. Tunggu hingga mendidih, baru masukkan tomyam paste, segala jenis haiwan hidupan laut dan diakhiri dengan sayur mayur. Campak sedikit garam.


Sambil aku merajinkan diri di dapur, aku tak henti berfikir, kalau aku ditakdirkan akan hadapi 'long distance relationship' agak2 aku mampu tak. Bukan sahaja soal kesetiaan sebab mana2 hubungan jauh atau dekat, itu memang la asas penting. tapi aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Tak kiralah macam mana pun teruk bergaduh hari sebelumnya. Hadap aku ni. Baik atau buruk. Kurus atau gemuk. Wangi atau busuk. Malam tadi dalam perjalanan balik hantar Umi, aku tanya soalan ni pada Honey, dia diam lama. Aku paham. Macamna pun deep inside aku yakin, lambat atau cepat, semua nya akan berakhir. Tak kira la apa pun, bahagia ke, derita ke, kaya atau miskin, takde yang kekal dalam dunia ini. Dan aku nak Honey yakin benda yg sama. Cuma aku berharap pengakhiran itu biar lah dengan cara yang paling halus. Supaya tak la rasa sangat sakitnya. Dahla, tak payah pikir sgt. Benda belum jadi.




Saat yang paling indah di bulan Ramadhan ini adalah saat untuk membaham. Azan baru berkumandang 'Allahuak' belum habis lagi kita sudah dikuasi nafsu dengan menjilat peha..peha ayam. Keindahan itu akan lebih bermakna jika dikongsi bersama orang yang memerlukan kasih sayang dan perhatian. Jadi iftar hari ini aku melahap bersama Aben dan Tam, tiba2 pada saat akhir, dapat panggilan dari Abg Jim dan Fiq yang dalam perjalanan untuk berbuka di rumah. Kelam kabut Aben kemas rumah yang sekali tengok macam kapal pecah. Dan Maghrib itu kami berbuka secara berjemaah, tapi baca doa sendiri2. The happiest moment bagi seorang tukang masak adalah melihat mereka makan hasil masakannya sehingga tinggal kepala udang dan sisa2 saja, disertai sedawa yang lantang dan disudahi dengan pujian berguni2. Hehe. 
Tomyam Seafood + Blueberry Tea