Monday 16 July 2012

Bubur Durian Dan Tanggal 14

Kem Tentera Sg.Buloh
Pulang dari menonton futsal secara langsung tanpa dikenakan tiket masuk di Kem Tentera Sungai Buloh, aku dan Honey lepak sebentar sambil menghirup udara damai di Damansara Damai sementara menunggu Izan dan Kimi tiba untuk lepak makan durian bersama sambil bergosip tentang kehidupan masing2. Selepas kenyang dan berjaya sedawa dengan lantang nya, kami beransur pulang kerana Kimi dan Izan tiba2 konon2 ada meeting disaat akhir bersama client. Aku sempat memborong beberapa keping durian untuk dijadikan santapan dirumah untuk dilahap bersama Bella yang masih dalam perjalanan dari Taiping.

Durian Pahang dibeli di Damansara

Bella konon2 rancang untuk tidor di rumah, namun sehingga pukul  2pagi beliau masih menyepi kan diri. Penat saja menunggu , aku tidur saja. Pukul 4pg baru la beliau kol, itu pun sebab kau sesat kat Shah Alam, tak jumpa jalan keluar pulang ke Subang. Haha. Itu lah akibat nya kau berlaku curang terhadap ku. Aku jemput2 pisang Bella dan Kak Diya lunch dirumah. Bukan senang kau nak rasa air tangan aku n Aben. Menu lunch, Ayam Masak Merah, Kangkung Belacan, dan Telur Dada. Selepas memuaskan nafsu makan, mengumpat tanpa niat, dan bersalaman sambil berpelukan, Bella pulang meninggalkan ku. Aku terlupa durian didapur yang dibeli malam tadi untuk makan bersama. Bukan rezeki mung la Bel..

Petang Sabtu yang indah, masing2 bergelimpangan di ruang tamu, aku gigih menghayati dan menjiwai ADAM dari Ramlee Awang Mursyid, ada part yang menceritakan arwah bini Hilman yang sangat menyukai bubur kacang. Secara tiba2 nafsu makan ku menerpa, dan fikiran ini membayangkan keenakan bubur durian air tangan ibu ku. Terus aku SMS Ma, minta resepi. Ma gelak saja. Mana ada resepi2, letak je santan, gula, garam sikit n doyan. Cis.. begitu mudah rupanya. Sebagai seorang gadis yang cintakan Apple Pie, kuat tidur tapi gigih berkerja dan mempunyai nafsu makan yang luar biasa, aku menghasut dan mengugut Aben untuk buatkan aku bubur doyan.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah bersama Aben buat kali pertama nya sejak pindah rumah baru (aku harap ini permulaan yang baik dalam usaha memcari keberkatan hidup) bagaikan dirasuk oleh semangat makan yang berkobar2, kami menuju ke kedai runcit berhampiran menaiki motor sehingga terlupa memakai helmet.

jom masak ! :)

      Perkara yang wajib di beli sebab takde kat dapur rumah :
  • Kacang hijau 
  • Santan Kelapa 
  • Sedikit halia atau lebih dikenali sebagai Ginger (optional)

    Perkara yang dah memang ada didapur :
  • Buah doyan yang dah dikopek. Amik isi, biji boleh tanam dalam pasu, kulit boleh dibuat skrub wajah.
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula


  • Mula2 basuh kacang hingga suci dan murni. Masukkan ke dalam periuk pinjam dari rumah Umi. Rebus kacang hijau bersama sedikit air.

  • Then masukkan sedikit halia yang dipotong dada ( sengaja typo). Kalau tak mahu wajah halia kelihatan, boleh juga dicincang halus, atau digergaji hingga lumat. Fungsi halia bertujuan kalau sekiranya lepas makan bubur yang berunsur durian yang ada angin ini,  biasa nya kau akan kentut sepanjang hari. Dengan ada nya unsur2 halia, memungkin kan kentut kau akan berkurangan pada setengah hari saja. Aku pun kurang pasti teori ini memandangkan ini adalah petua turun temurun dari Umi. Mungkin ada benarnya. Ikot jela, cakap orang tua jangan melawan.

  • Apabila kacang hijau sudah empuk, masukkan santan kelapa, kuantiti hanya disukat menggunakan mata. Aben beli santan fresh yang bungkus dalam pelestik. Tak guna habis pon, ada suku lagi,dia buang. Beliau memang seorang pembazir tegar. Anak orang kaya memang camtu. Haha.

  • Rajin2 kan tangan anda untuk mengacau bubur ini tanpa henti bagi mengelakkan kejadian pecah lemak diperut. Eh, pecah di dalam periuk. Kalau lemak kau dah seiras perut Aben, memang sukar untuk dipecahkan walaupun telah berazam untuk kurus sempena Ramadhan yang akan tiba.

  • Tibalah masa untuk seksa isi durian ke dalam bubur yang sedang mendidih.

  • Kemudian, masukkan gula ikut manis yang anda suka. Agak2 tak kisah jika diri dihinggapi diabetis, boleh masukkan sekilo gula pasir import dari Perlis. Masukkan juga secubit peha kanan, peha kiri terasa juga garam untuk bagi masin sikit saja.

  • Biarkan ia mendidih seperti lahar gunung berapi Jogjakarta, kemudian off api.. dan biarkan ia bertapa sekejap didalam periuk sebelum dilahap dengan rakus nya.

  • Boleh la di kunyah bersama roti Gardenia, atau ia enak dimakan begitu saja~
Bubur durian dan tanggal 14