Tuesday 26 June 2012

Masquerade Party II

Berikutan adalah kesinambungan dari kisah benar bersama sedikit unsur exxagerated dari Masquerade Party  I.

Kami bangun pagi secara berjemaah pada pukul 9pagi. Aku awal sikit sebab tak tahan panas kerana cahaya matahari menembusi ruang tidur ku, bila nak sambung tido.. sudah kurang selesa pula. Tidur secara beramai2 di hall ruang tamu rumah, semestinya pelbagai wajah dan gaya tidur harus dipersembahkan. Ditambah pula kedengaran bunyi yang menyeramkan seperti dengkuran langsuir.Oleh kerana masih ramai yang masih diulit mimpi indah,, aku mengambil kesempatan melahap roti canai sebanyak 2 keping hingga terlupa baca doa makan sambil membaca Harian Metro yang entah kepunyaan siapaKami semua harus diusir keluar dari banglo itu pada pukul 2ptg. Jadi, haruslah bersiap siaga membawa pulang baju2 kepam dan hadiah2 tanda anda seorang juara. Yeah! Kami lah team Ct Sailang.

:)
got present ! :)

maria seorang yang cintakan haiwan tanpa mengira  paras rupa


Hari kedua yang juga adalah hari terakhir, tiada banyak agenda yang dilakukan.Untuk menolong mereka masak di dapur, ramai pula pembantu yang ada, Aku hanya tolong basuh pinggan sahaja. Sambil2 itu bergosip bersama Ad mengenai speaker didalam bilik yang membuatkan dia tak boleh tidur lena, juga mengumpat mengenai Samsung Colby dan Galaxy Mini. Eh..apa la yang aku melalut ni. Program di tengahari aku cuma mandi manda di kolam bersama Aben dan Ad, Izan pula hanya berada di pinggiran kolam sahaja sambil menonton aksi2 kami yang sedang mandi. Mungkin beliau seorang yang takut air atau bercita2 mahu menjadi seorang safeguard.

atlit sukan renang negara yang dah pencen


pertandingan lumba lari dalam air
mangsa kehausan
kenangang..
bye!!

Sebelum melangkah keluar, kami makan tengahari secara berjemaah di imami oleh Osha yang menjadi leader membaca doa berserta makna nya. Beliau adalah bekas peserta ustazah pilihan yang bukan sahaja pandai membaca doa makan tapi juga mempunyai bakat terpendam bermain gitar akustik. Mungkin bakal pelapis Avril Lavigne satu hari nanti.


Osha


Sebelum berpisah, kami singgah makan durian di persimpangan jalan masuk ke A Famosa Resort. Mahal mencekik.. ntah apa durian yang dipilih oleh Aben sehingga mencecah RM 16 sekilo. Apek durian pula sengaja membuka 2 biji durian untuk kami berdua. Barbie ! Saja lah tuh nak kami bayar. Aku memaki didalam hati. Total yang harus dibayar RM40 untuk 2.5kg. Sepanjang perjalanan aku tak habis2 mengungkit pasal harga yang mahal mencekik itu. Sudahlah tak habis makan..minta kurang seringgit pun tak kasi. ( aku masih belum puas hati sehingga hari ini )  Walaupun duit yang keluar duit Aben, aku tak kira juga ! Apek tu memang keji !!!

Muka rakus Ad

Perjalanan pulang diteruskan dan selamat sampai di rumah lewat malam. Alhamdulillah. Sudahlah esok hari kerja. Malas nya... Nway, happy n enjoy sangat2 walaupun 1st time aku join aktiviti group ni, sebelum ni aku sekadar lepak dan menemani Aben bermain futsal. Sekarang bila dah join aktiviti camnie, baru lah dapat suai kenal antara satu sama lain. Yang penting dorang semua sporting habis tanpa mengira tahap ketinggian dan paras rupa. Thanks to Aben coz bawa aku bersama walaupun acctually pada mula nya aku malas pergi. But sokey, its worth.
Ailebiyu !!!!



Next mission ---> pindah rumah baru ! !