Monday, 15 October 2012

Hard To Find.Harder To Leave.Impossible To Forget.

Pepatah mengatakan , kawan biar beribu, kekasih biar satu. Terpengaruh dengan pepatah itu, aku memang ada ramai kawan, sebut je kat negeri mana, mesti ada port, sebab kawan itu biar beribu kan. Kalau kekasih ada 4 pun okay juga, setia pada yang satu, yang lain boleh buat spepat. Rumah sewa aku ini tak pernah sunyi dari tetamu. Tiap hujung minggu ada je yang datang bertandang mencemarkan duli. Tempoh hari Chak Ina, dan Am datang lepak rumah aku. Rasa mahu runtuh rumah aku yang tinggi 11 tingkat ini bila berkumpul. Ini baru 4 orang. Berjaga sampai 4 pagi layan DVD diselangi mengumpat musuh2 lama. Am & Geeda ex clasmate aku masa kat Pulau Tioman, Venice & Labuan. Ina pulak aku kenal dari aku zaman ITS dulu. Lama aku tak jumpa dengan Ina, hampir 5 tahun, lepas beliau kawen, lama beliau menyepikan diri dari kawan2. Aku anggap beliau sibuk dengan urusan rumahtangga. Dulu, kami antara pelajar2 yang paling bermasalah. Hampir setiap malam fly, lari dari hostel, kuat melawan tenaga pengajar, dan malas ikut kuliah. Kalau ada budak lain yang berlagak poyo dan cari pasal dengan kitorng, siapla waktu tido, ktorg conteng muka dia guna permenant marker, letak garam dalam mulut, letak baldi isi air atas palang pintu, bila masuk..debush ! haha.. kitorg bantai gelak kuat2. Pangai masing2 macam haram. Bila kantoi, masing2 buat muka toyer. Geng aku ada 12 orang. Geng paling top, suka buat masalah, kuat membuli pelajar lain. Tenaga pengajar sampai dah tak tahu nak buat apa. Dah macam2 cara untuk cuba pisahkan kitorang, masing2 kena asing dorm, tapi still bersatu lagi. Dalam geng tu aku paling muda. Dorang panggil aku Adik. Nama tu kekal lagi sampai sekarang. Bila berpisah, masing2 ikut haluan masing2, ada yang kawen, ada yang sambung belajar, ada yang dah ada kerjaya sendiri. Aku je yang masih tak tentu hala. Masih cari arah diri.

Sekali jumpa setelah lama tak berpisah, macam2 benda nak cerita, mengumpat tenaga2 pengajar yang kami paling anti dulu, mengumpat bekas kekasih lama dan perkataan paling kerap disebut, " Eh, ko ingat tak dulu kan..bla..bla.." masing2 imbas memori lama. Time tu sapa yang tinggal di asrama, mesti ada yang berangkat2 punya, ada juga yang sampai tahap cinta lesbian. Itu biasa kakak2 senior.  Kitorang pulak mana budak2 yang minat nak berangkat2, kitorang jadikan dia mangsa buli jer. Suruh basuhkan baju, iron baju, tolong amik makanan sebab malas nak beratur. Ayat tipikal.. " Awak sayang kakak kan.." Tahap nakal kami, pernah kitorang halau warden, campak beg dia dari atas hostel. Pastu kunci pintu dari dalam. Warden tu umur tak jauh beza dari kitorang, memang selalu la kena buli. Tak silap aku nama warden tu Kak Mutiah. Lepas kejadian tu, dah tak nampak dah muka dia. Terus resign kot. Haha. Sebab tu aku berbakat dalam bidang halau menghalau ni. Memori aku paling tak leh lupa, Ateh pernah kantoi fly pergi Damansara. Balik hostel jer dia kena hukum dengan ustazah kaunseling, Ibu Siti. Gara2 mulut tempayan budak hostel. Lebam kaki dia kena bantai dengan batang mop. Hampir jadi kes polis sebab dekat seminggu Ateh tak boleh bangun. Lepas dari haritu, Ateh berhenti. Gosip terakhir aku dengar Ibu Siti tengah sakit teruk sekarang, breast cancer.

Saiz badan Ina dari dulu sampai sekarang still sama. badan sebesar budak darjah 5 walaupun anak dah 2 orang. Tapi mulut macam musibat, bukan mulut longkang dah tu, tahap mulut loji nuklear. Sapa yang cuba cari pasal dulu, siap la panas telinga bila Ina dan Yam Alang buka mulut. Untuk watak yang agak ganas, Ina dan aku la. Sebab kitorang memang boyish, jalan bersepah, keras. Ina pulak pergi cerita camne dorang ajar aku 1st time pakai higheel. Kena bantai kuat dengan Honey. Macam2 cerita kena bongkar, sampai naik malu aku. Sebab aku tak pernah cerita kisah2 nakal aku masa study dulu kat Honey. Tapi sekurang2 nya Honey tau la apa sebab aku pernah reject dia dulu.

Yang agak matang masa tu, Along Asiah, Ateh dan Ayong Hajar. Uda Ieka,26 kat Johor sekarang, kawen dengan Dato dan dah bukak butik sendiri kat Gudang Garam.Eh, Pasir Gudang. Ktorng ada plan nak wat reunion kat Legoland Nov ni. Ada rezeki, up naik Singapore. Insyallah. Angah Aida, 25 ada je kat Kota Damansara, tapi aku jarang jumpa dia. Along, 26 dah jadi baker tersohor di Pantai Remis. Ina pun sama.. umur baru 24, dah ada bisnes, ImpianEvent, sapa2 nak kawen, leh amik catering dorang. Petik je nama aku, boleh dpt 10% off. Alang Yam,24 dah ada anak sorang, jadi cikgu kat Seri Iskandar. Anjang Fia, 24 anak dah 3, ko mmg produktif la, hormon subur. Sekarang ada kat Rawang, jadi suri rumah. Achik Bakyah, 25 ada kat Sg Buloh, pun anak dah masuk 2. Sue Tifah, 24 ada je kat Ampang, baru habis belajar, amik kos kosmetik. Badan dah slim river tapi pangai still gedik, Dulu dia gemuk, selalu aku buli dia buat bantal peluk, dia lak suka main raba2. Pangai cam haram. Haha. Ateh Tiqah, 24 masih kat Seremban, baru selamat lahirkan baby boy.  Ayong Hajar aku lost contact, gosip terakhir aku dengar dia kawen. Tapi takde plak aku dapat kad jemputan dari dia. Tam pun lama juga aku tak jumpa dan nyepi camtu jer.

Walaupun kitorng dulu pernah dianggap budak2 bermasalah yang memang takde harapan dan gelap masa depan, pengakhirannya aku tengok ramai antara mereka yang berjaya, seteruk mana pun pangai haram jadah kitorang dulu, sampai masa berubah, akan berubah juga. Mereka yang berjaya, biasanya pernah jadi seorang yang loser satu tika dulu, mereka yang kaya penah juga jadi miskin di masa lalu, takde kejayaan yang datang bergolek melainkan dengan usaha keras dan sokongan dari yang tersayang. Dorang semua dah lebih dari seorang kawan dah pada aku. Dorang la kakak, sahabat, dan backup. Sama2 buat jahat, bila kantoi sama2 backup. Bila ada yang nak berubah, masing2 akan support. Semua tu memori dan kenangan yang aku takkan aku lupa melainkan kalau aku kena amnesia. Walaupun jarang berjumpa, aku harap kita akan kekal sahabat sampai akhirat. Amen.