Wednesday 18 July 2012

Oh Spaghetti Marinara! Bon Appétit..


Antara tanda2 bulan pose akan tiba adalah secara tiba2 nafsu makan berubah ke arah yang luar biasa. Mula la teringin makan macam2. Aku lah tuh. Semalam selepas pulang dari opis, aku menghasut Honey untuk menemani aku ke Carefour untuk membeli belah apa yang patut untuk dilahap di malam hari. Diri harus dirajinkan demi perut tersayang. Kali terakhir aku jumpe Encik Spaghetti bulan lepas semasa meraikan majlis farewell Abg Shah di Ice Room. Boleh tahan spaghetti nya. Seafood segar dari laut China Selatan. Memang menjilat sudu lagi2 kalau bos yang belanja. Tapi kali ini aku mahu bikin sendiri pula. Sebab pertama , masak sendiri itu lebih jimat. Sebab kedua, Bukan susah pom, bak kata Chef Riz dalam iklan Prego, semudah 1,2,3. Ah. Kalau dah malas tahap dugong, cicah saja spaghetti tanpa rebus dengan kuah dalam botol tuh.


Senarai yang dibeli di Carefour


* 7-8 ekor udang yang konon2 segar - RM 2.50 ~ Barang basah kat Carefour tak fresh sangat berbanding Tesco.
* 6 helai isi mussels - RM 3.25
* 1 biji tomato - RM 0.18
* 1 batang carrot - RM 0.25
* 5 batang brakoli - RM 0.50
*  Parmesan cheese - RM 3.29
 TOTAL :  RM 9.97



Aku beli sikit2 jer. Sebab pertama, kat rumah cuma ada 2 perut. Dan hanya satu perut saja yang rajin masak. Mahu beli secara pukal, di masa depan nanti takde sape yang guna. Sebab kedua, takde peti ais. Biasalah, orang bujang belum terlajak dan baru pindah rumah. Duit banyak habis beli topup.

Senarai yang dah ada di dapur rumah

* Minyak masak. ( biasa aku masak kuah spag guna olive oil, tapi di dapur ada minyak masak saja. Biasa lah, rumah bujang belum terlajak baru pindah rumah. Duit banyak habis beli topup. nak beli olive oil,mahal )
* 3 ulas bawang putih halau hantu di gergaji sehingga halus.
* Spaghetti sauce. Aku guna jenama Kimball. Dari bulan lepas beli kat Tesco, tapi tak sempat2 nak masak.
Kalau kedai berhampiran rumah anda takde jual sauce ni, boleh guna Tomato Puree.
* Sebungkus spaghetti. Ni pun beli bulan lepas.



Selepas baca doa masuk dapur, seksa spaghetti di dalam periuk yang berisi air mendidih. Letak sikit minyak masak /olive oil dan garam. Fungsi minyak untuk tak bagi spaghetti melekat antara satu sama lain. Biarkan sampai spaghetti itu lembik dan boleh dimakan tanpa ada bunyi krap..kalau rangup lagi tu tanda spaghetti belum masak lagi la tuh. Teruskan penyeksaan.

Panaskan kuali, masukkan minyak masak / olive oil. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Tak perlu hingga  naik hitam seperti warna kulit Aben, nanti pahit pula kuah anda.

Masukkan carrot yang dicincang berbentuk dadu. Kemudian masa untuk menyeksa udang dan mussel pula. Gaul bersama bawang dan carrot tadi. Kemudian, baru lah dimasukkan sauce spaghetti yang dibeli di Tesco pada bulan lepas. Masukkan air sedikit.

Biarkan ia mendidih, last sekali barulah masukkan tomato yang disagat berbentuk dadu. Tomato kena masuk  diakhir waktu berikutan tomato mempunyai daya tahan diri yang sangat lemah. Kalau masuk awal2, ia akan lembik dan akan jadilah tomato puree.

Last sekali barulah masukkan sedikit garam secukup rasa di lidah anda. Jika sudah puas hati dari segi rasa dan rupa, boleh la dihidang diatas spaghetti yang telah direbus tadi bersama parmesan cheese dan dihiasi dengan beberapa batang brakoli. Brakoli tu boleh dicelur dahulu, atau nak makan mentah pun takpe.



Spaghetti dicipta dengan pelbagai spesis. Ada jenis meatball yang faymes amos dan pernah jadi isu status halalnya macam di Ikea tuuuu.. * muncung tajam. Jenis Bolognese bunyi macam hantu bolong pula mempunyai unsur2 daging cincang, Marinara lebih kurang Bolong cuma tukar daging kepada seafood, Jenis Carbonara pula creamy berwarna putih. Macam2 la lagi jenis yang berbeza rupa dan rasa, yang tu korang boleh google sendiri. Yang aku selalu buat hanya jenis Bolong dan Carbonara saja. Nway, secara jujurnya kuah spag ini kurang lengkap tanpa kehadiran dried oregano dan Italian herbs yang lain. Tapi abaikan. Resepi ini cukup simple, still ohsem walaupun tanpa pengaruh mereka. Bagi anda yang alah pada makanan yang kurang pedas dan nak ada unsur hot and spicy, boleh tambah serbuk cili / paprika / cili potong. Honey pom antara spesis kuat pedas,berbeza dengan aku. Bahaya makan pedas2 sangat ni, nanti cirit birit, dah kena berebut bilik air.