Wednesday 4 July 2012

Muak.Mual.Tunggu Masa Untuk Muntah.

Mata itu pandang aku.
Beri wajah penuh harapan.
Merayu.
Mohon jangan pergi.
Separuh jiwa kau akan turut pergi.
Kau kata aku cuma satu.
Pertama bermula 8 tahun yang terpisah
Terakhir 8 bulan bersama
Tak mahu hilang buat kali kedua

Dan..
Dia hanya sandaran, kisah semalam yang tak bisa dipadam.
Aku disampahkan di depan dia.
Dinafikan demi hati yang tak perlu tahu siapa kita.

Wadefak.

Aku muak pura2 jadi teman kau pada dia.
Aku sesak bernafas dalam cerita yang kau reka.

Kewujudan ku yang tak perlu dia tahu.
Keadaan ku dikelambu.
Aku bukan patung beku yang bisa hidup dalam dunia pura.

Kau tak penat ker?
Dusta. Pura.
Maki. Rayu . Kembali.
Mahu ulang2 sampai mati?

Jangan robohkan dinding kekuatan yang aku bina dengan jentolak pujuk rayu yang kau cipta.

Kerana macam biasa..

Ianya hanya sementara.