Kek Batik + Apple & Almond |
Pulang dari kerja, aku singgah ke kedai runcit yang tidak diketahui nama nya sebab aku tak tgk signboard,
Biskut Marrie RM2.99
Susu Pekat RM 2.40, sesungguhnya tiada susu percuma dalam dunia ini kecuali susu ibu.
Butter : RM 4.00 dirumah tiada butter, kasut jenama Bata pun takde.
Sudah lama rasa nya meninggalkan dunia kek. Jadi untuk menebus rasa rindu dan sangap, aku merajinkan diri. Walaupun tanpa kehadiran encik Oven, Mixer dan Spatula, aku masih boleh membuat sehelai kek yang hanya pada nama saja kek, tapi asal usul dari biskut. Kek ini ( masih aneh sebab dipanggil kek ) memang jadi kegilaan aku sejak zaman aku kecik2 hingga lah dah akil baligh, sebab utama nya ialah kandungan coco nya yang tinggi membuat kan ianya disukai dan dicintai oleh kanak2 juga mereka yang dah beranak pinak, tapi kalau terlebih makan boleh membawa pada perebutan tandas akibat sembelit dan cirit birit.
Serbuk Milo
Butter
Susu Pekat
Biskut Marrie
Apple hijau dipotong dada (sengaja typo)
Beberapa helai badam rangup
|
Kualiti gambar kurang memuaskan berikutan hanya menggunakan Nokia 3310. Honey bawa samsung tab ke tempat kerja, jadi tak dapatlah aku ambil kesempatan.
Orang tua cakap, masak masin ni nak kawen. Dusta saja. Ntah, bukan aku yg cakap. Orang tua yg cakap. Aku tak tua lagi. Eh? |