Hari Raya ialah pesta yang kaya raya dengan makanan. Akibat hampir hesteria menghadap menu yang terbentang di depan mata dan melahap tanpa memandang kanan kiri , perut sakit mula mengambil tempat. Menuju ke kamar sepi untuk melepas hajat di hati. Hampir selesai.
Tugasan terakhir sebelum keluar , mahu flush. Rupanya tidak keseorangan , terkejut melihat seekor anak kucing di dalam lubang tandas yang dalam itu! Menjerit seperti dirasuk hantu kucing. Si anak kucing juga mengiau meminta tolong. Dua dua panik ! Seorang peyelamat tiba berlagak seperti catwoman. Angkat dan mandikan anak kucing yang sedia bernajis itu. Flush tandas. Misi selesai.
Watak utama ; Aku
Heroin ; Mak aku
Mangsa ; Anak kucing yang malang
Secret Weapon ; Hasil kumuhan hidangan di hari raya
Fakta serius ; kesian sungguh dengan kucing tuh. Sudah la terjatuh dalam lubang tandas , najis pula jatuh dibadan beliau. Wui ! Tak baik gelakkan orang , nanti terkena diri sendiri baru tahu.