Petang semalam , macam petang2 yang sebelum nya. Aku buat2 rajin di dapur sambil menyapa ibu ku, ( yang pepel tu aku )
Mak , nak saya tolong apa2 tak?
Tak payah la..
Betul ?
Tolong doa je moga cepat siap masak nie.
Tu je? Okay , saya doa kat dalam bilik.
Eh ! saya mula memikir untuk buat sesuatu untuk berbuka nanti.
Eh ! saya mula memikir untuk buat sesuatu untuk berbuka nanti.
So , tugasan petang ini :
"Apakah dessert yang paling mudah buat pemalas seperti saya? "
Atas undian dan kata persetujuan oleh para pengundi tak berdaftar di Fesbuk , aku akhirnya termakan oleh hasutan dan pujuk rayu Kak Yatie untuk membuat Puding Koktel ! Aku dengan segan silu membodek Kak Yatie resepi puding ini , namun beliau sekadar memberi nama2 bahan tanpa sebarang spesifikasi. Wah ! Redah jela.
- 50 gram agar - agar
- 2 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair cap tin
- 1 tin buah koktel import dari pasaraya
- Cawan yang canteek ( perlu ker? )
* Rebus agar - agar bersama air hingga lebur dan cair didalam periuk belanga di atas api gas.
( ada ke orang guna api kayu zaman sekarang nie? ) hehe
* Masukkan gula , kacau hingga sebati dan serasi bersama.
* Masukkan pula apa yang patut iaitu satu tin susu cair. Susu je , tin tu boleh disimpan dan dijual.
* Kemudian , campur puding yang di masak tadi dengan buah2 an koktel berserta air nya.
* Campur sebati dan masukkan ke dalam acuan / bekas / loyang / mangkuk ayun yang comel :)
* Sejukkan didalam peti ais 3 tingkat anda yang dibeli secara ansuran di Courts itu , tunggu hingga puding keras kejong.
* Sedia dinikmati time sejuk2 , ada buah2 koktel tuh , masam2.. masuk dalam tekak , Pergh ! memang tak ingat orang lain. Hahaha.. Saja je nak kurang kan pahala puasa anda dengan membayang kan apa yang tak sepatutnya.
* Okay la , selamat memcuba pada anda yang termakan dengan hasutan dan godaan resepi diatas.
~ the end ~