Saturday, 6 August 2011

Kek Batik ?

Kek Batik ke Kain Batik?
Kek Batik aku pandai makan ,
Kain batik? Aku tak pasti cara nak pakai..


Petang itu , selepas Asar aku terlena di tempat kerja akibat letih yang teramat sangat ditokok tambah pula dengan batuk yang tidak henti2. Aku demam , tapi bukan demam cinta. Akibat aku tidur separa mati , cuma tersedar pada pukul 7.20 malam. yer, 7.20 malam ! Aku bergegas menuju ke bazar Ramadhan dengan sekadar berkumur dan membasuh muka ala kadar.
( gosok gigi di waktu siang , batal puasa tahu tak? )
Aku jalan selaju mungkin !

HAMPA...

KECEWA...

Semua gerai telah membungkus kan diri masing - masing. Yang ada cuma gerai  - gerai yang kurang mendapat sambutan dan perhatian. Kemungkinan besar akibat rasa yang kurang memuaskan atau harga yang tidak berpatutan. Juga mungkin kerana tiada awek2 cun? Mungkin.

Aku masih cerewet walaupun di saat2 akhir.


Kemudian aku pulang dengan tangan didalam poket , dan akhirnya sekadar berbuka dengan Kek Batik ini. Yer, Kek Batik ini. Diulangi : Kek Batik ini. Kek ini aku sempat buat sebelum tidor khas untuk adik aku yang bakal meninggalkan keluarga untuk kembali ke MRSM Kulim , esok hari. Dan aku berbuka keseorangan di tempat kerja ditemani Kek Batik ini.




Kalian pasti pernah membuat kek ini bukan? Aku musykil , kenapa dipanggil 'kek' walhal ia bukan lah sebiji kek. Dan hanya menggunakan biskut? Ah ! Abaikan..

Bahan yang aku guna cuma disukat guna mata. Ya , mengikut kajian yang dibuat oleh Majalah Mangga , jika anda tidak terlalu mengikut resepi satu persatu , ia akan membantu anda untuk lebih bebas dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu makanan itu. Alah..cakap jela kau malas buka buku resepi.

Bahan :
  • Milo sebungkus
  • Sedikit gula kasar Prai
  • Sedikit butter cap Halal Jakim
  • Sedikit serbuk coklat beli timbang
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis F&N
  • Biskut Marie cap apa ntah..lupe

    Panaskan kuali di atas api dapur gas anda.
    Cairkan butter hingga cair la.hahahaha.. okay , tak kelakar !
    Masukkan susu cair , diikuti dengan susu pekat dan diakhiri dengan gula.
    Kacau sehingga larut dan mendidih.
    Masukkan pula milo mengikut kehendak nafsu anda.
    Kemudian , masukkan pula serbuk coklat. Sekadar nak bagi rasa pahit sikit. Jika anda seorang yang pahit tegar , masukkan la serbuk kopi. ( Boleh ker? ) Aku tak pasti...
    And da last part , patah2 kan biskut marie menggunakan tenaga pada tangan gagah anda ,
    dan gaul sebati ~ goreng dan sedia , tepung cucur Adabi rahsia nya ! ~ sekadar selingan ~
    And da last part ( again? ) , tepek dalam loyang / bekas / mould atau tempayan , tekan bagi mampat dan simpan dalam peti sejuk sehingga azan Maghrib berkumandang.


     Walaupun aku hanya berbuka dengan kek ini , aku bersyukur..


    Keesokan pagi nya ,





    Aku mengalami sembelit..






    Mungkin perut aku mabuk Milo..