Monday, 22 August 2011

Grilled Chicken + Black Pepper Sauce

Hampir sebulan kehidupan aku tidak normal seperti biasa kerana terpaksa berkerja shift malam sepanjang bulan puasa ini. Masuk kerja pukul 4ptg , balik rumah pukul 5pagi. Terpaksa buat 2 shift kerana tempahan biskut raya dan kek sempena Aidilfitri yang melimpah ruah. Selepas raya nanti, boleh la aku berfoya - foya menurut hawa nafsu sebagai tanda peghargaan buat diri yang rajin ini. Namun ,sesungguhnya tidur di waktu siang itu sungguh meletihkan. Doakan semoga penderitaan ku ini cepat berakhir. Aku sungguh terseksa menjadi seekor gadis vampire yang bertaring satu.




Petang Ramadhan ke 20, berbekalkan semangat kekeluargaan berserta nafsu makan, aku dan abang aku disampuk oleh angin rajin untuk membuat sehelai Chicken Grilled. Kami masak tanpa mengunakan resepi yang betul pun. Hanya campak2 si demam campak. Untuk cooking , berani lah aku menyahut kata - kata hasutan dari Chef Shers ;
The best recipe is , cooking without a recipe !  Tapi untuk dunia baking , aku rasa kurang sesuai kot nak campak2.hehe..

Bahan - bahan untuk diperam dan diperap ;
  • Sebelah ayam yang dikerat2 tanpa belas kasihan
  • 2biji bawang merah yang dihiris halus
  • Stok ayam / pati ayam yang dibeli di kedai runcit
  • Sedikit serbuk rempah kari ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula  
  • Sebungkus lada hitam yang ditumbuk kasar
  • Sedikit butter untuk dilumur di atas badan ayam

Cuci ayam sehingga bersih tanpa ada meninggalkan kesan kotoran yang meragukan.
Sapu butter ke atas badan ayam.
Gaul semua bahan diatas dan ratakan keseluruh anggota badan ayam tadi,
Peram selama 3 atau 4 jam didalam peti sejuk.
Selepas bertapa di dalam peti ,keluarkan.
Masukkan ayam ke dalam sebiji bekas tahan meletup atau mangkuk ayun yang kebal.
Tutup ayam dengan aluminum foil.
Seksa ayam pada suhu 200c tanpa belas kasihan di dalam oven / microwave selama 90minit atau sehingga ayam masak.
Selamat menghirup aroma yang enak yang keluar dari oven anda !



Abang aku tiba-tiba mengalami amnesia , dan bertanya pada ku resepi sos blackpepper. Mana lah aku tahu, aku hanya dilahirkan untuk makan. Eh? Mahu mengoogle atau mencilok resepi dari dapur Mat Gebu, latop pula tertinggal. Aku kemudian menelefon En.Bo untuk bertanya kan resepi sos itu. Beliau masih di alam mimpi kerana tidur lewat gara2 mengentel tat nenas di malam hari, dan berjanji untuk sms resepi itu. Ternyata beliau juga mengalami amnesia. Tiba - tiba aku teringat pada tauke chicken chop yang termasyur di daerah Nilai dan Sumatera Indonesia , Teacher Ida. Tanpa segan silu , aku meminta resepi sos ini dari beliau tanpa dikena kan sebarang pengeras. Thanks Kak Ida ! :)


Untuk Sos Black Maria. Eh, Blackpepper

Bahan - bahan ;
  • Sebiji bawang Holland
  • 1 sudu tepung gandum cap sauh kapal titanic
  • sebungkus lada hitam ditumbuk hingga lebam
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap pekat
  • garam masin secukup rasa
  • gula secukup rasa
Panaskan sedikit minyak , tumis bawang di dalam periuk belanga anda sehingga sedikit kegaringan.
Masukkan tepung gandum  , kacau dengan api dapur yang perlahan. Takut terentung pula.
Masukkan lada hitam , sos tiram , kicap , gula , dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga likat.

Kemudian , renjis renjis dipilis la sos lada hitam tadi ke atas badan ayam yang sudah dipanggang tadi. 
Siap sedia diratah tanpa memandang kiri dan kanan. Semoga anda tidak terlupa untuk membaca doa makan.
Enak dinikmati secara berjemaah bersama keluarga dan rakan taulan sambil bergosip tentang Rozita Cik Wan dan Shahir. Eh? tak baik mengumpat tau di bulan puasa nie.



Selesai menjamu selera yang diakhiri dengan sedawa tanpa henti , baru la En.B.O kasik resepi sos lada hitam ciptaan beliau. Terima kasih encik , saya simpan resepi anda untuk masa depan.