Wednesday, 24 August 2011

Entri Tiada Guna 2#

Malam tadi , sepulangan aku dari membaham di MekD Buka Puasa kemudian bershopping raya untuk fasa pertama sehingga hampir pokai, aku tiba di rumah dengan keadaan yang berada di antara hidup dan mati. Akibat membaham tanpa membaca doa , proses perkumuhan berlaku dengan pantas nya. Keadaan menjadi kelam kabut , aku berlari dengan pantas untuk menuju ke bilik termenung yang sepi. Kaki aku tersangkut pada sesuatu dan aku terjatuh.. aku bingkas bangun semula , dan akhirnya..lega !


Selesai menunaikan apa yang patut , aku pergi melihat apakah yang menghalang kaki ku hingga terjatuh tadi.
What the... ?! Charger latop ku hancur berkecai menyembah lantai ! Pokai lagi aku kali ini..


Selepas direpair oleh abang ku ; penyelesaian untuk sementara waktu.