Monday, 15 August 2011

Di Bandung Tiada Air Bandung

AIR BANDUNG SODA

Di Indonesia , ada sebuah daerah bernama Bandung.Di Bandung, kalian tidak akan jumpa Mee Bandung mahupun Air Bandung disana. Tidak pasti mengapa di Malaysia, Mee Bandung dipanggil 'Mee Bandung' dan begitu juga dengan ' Air Bandung' . Sehingga kini , ia masih meninggalkan misteri dan tanda tanya. Aneh bukan? Tidak mengapa lah , asalkan ianya masih halal dinikmati dan selagi pihak Indonesia tidak minta sebarang royalti ,kita guna saja nama Bandung itu. Amaran keras: Bandung dan ibu mengandung adalah  perkara berbeza.

Menjadi kebiasaan air bandung dihidang ketika di musim perayaan , jamuan mahupun di majlis parti liar. Untuk menghilang kan tahap kebosanan air bandung ini , aku cuba membuat sedikit kelainan atas hasutan Abah ku sewaktu berbuka puasa semalam.
( yang pepel tu aku )

Chema cubalah campur air ice cream soda sikit dalam air bandung tuh. Sedap juga tau.

Ha? Tak mabuk laut ke Abah?

Apa pulak ,bukan nya nak bawak pergi laut.

Okay , jap lagi saya cuba buat. ~ ada clas la abah nie !

Lalu , aku pun mencuba . Hasil nya tidak membuat kan aku mabuk laut malah bertambah2 gian pula dan rasa macam ada dadah dalam kandungan air bandung itu. Tapi rasa hati itu ternyata salah , kerana air bandung soda ini halal diminum tanpa was - was kerana tiada kandungan yang meragukan dan sesuai untuk segenap masyarakat tanpa mengenal bangsa atau Tuhan yang disembah. Kurang sesuai bagi mereka yang ada diabetis ataupun penyakit kencing malam.

  • Sedikit pati sirap warna merah
  • Gula secukup rasa lidah anda
  • Sedikit susu cair F&N
  • Air mutlak dan suci dibuat minum
  • Sedikit ketulan ais batu
  • Air bikarbornat (gas) berperisa aiskrim soda

    Langkah - langkah :
  • Bancuh sahaja air sirap macam biasa. Jika buat sirap pun tak reti , sila kembali ke kelas tadika untuk bermain masak2.
  • Setelah air sirap itu manis secukup rasa , tambah susu sehingga warna bertukar menjadi pink kaler.
  • Masukkan air soda , dan kemudian masukkan ais batu mengikut kehendak nafsu makan anda. Jika tidak cukup ais batu , boleh tambah batu bata.
  • Hidangkan semasa sejuk.


sahur seawal 3 pagi , roti sekeping bersama cheese ditemani oleh kekasih baru !
cakes & dessert by Su Chan :)